Wednesday, October 21, 2015

bila cuti tidak lagi menyeronokkan!

Aduhai.



inilah yang kami alami sekarang. cuti.cuti.cuti. seingatku, tahun lepas ada juga masalah jerebu yang melanda di negara kita. di sebalik bencana ini, seingatku ada terlintas juga di fikiranku bahawa betapa seronoknya kerana dapat bercuti. namun, tahun ini lain. bencana itu melanda lebih teruk. sekolah terpaksa bercuti dan bercuti. anak-anak berkurung di rumah. aktiviti di luar rumah semuanya terbantut.

anak-anak didik di media sosial meluahkan betapa tidak seronoknya bercuti kerana jerebu. jerebu mengganggu persiapan menghadapi peperiksaan. jerebu mengganggu semuanya.

aku tak boleh bayangkan berada berhampiran tempat punca jerebu itu berlaku. sama sekali tidak.

Ya Allah, kami, hambaMu yang lemah ini memohon kepadaMu agar dinyahkan jauh-jauh bencana ini secepatnya.


nota: Orang dari DBP telefon tadi. Aku dilantik menjadi panel penilai buku teks BM tingkatan 1. Syukur Alhamdulillah.


selamat tinggal tuan2.

Thursday, October 1, 2015

manusia dan mangkuk tandas

aku suka satu cikgu ni. aku rasa semua orang pun suka dia. ada satu hari ni, aku berbual dengan dia. dalam perbualan itu beliau bercakap tentang betapa seronoknya menjadi kaunselor.
"Jadilah cikgu berjiwa kaunselor," kataku.
"Cikgu berjiwa kaunselor?" soalnya pula.
aku terangkan kepadanya apakah yang aku maksudkan tentang cikgu berjiwa kaunselor. beliau setujulah. pada aku, lebih seronok agaknya kalau ada pelajar yang datang bertemu kita dan sanggup bercerita masalahnya kepada kita dengan harapan kita akan membantunya menyelesaikan masalah. seronoknya di sini ialah, ada unsur kepercayaan yang tinggi terhadap kita. buat apalah menjadi manusia kalau tidak boleh dipercayai kerana teori manusia berguna aku mudah sahaja;

(1) manusia + kepercayaan=boleh diharapkan dan berguna di sisi masyarakat.
(2) manusia + tiada kepercayaan= tidak boleh diharapkan dan tidak berguna di sisi masyarakat.

dimanakah kedudukan manusia yang tergolong dalam kategori (2)?  malu beb. mangkuk tandas pun amat berguna kepada masyarakat. cuba fikirkan. tandas tanpa mangkuk tandas pada era 2015 ni. haru biru kan?

jom tengok gambar. aku dedikasikan gambar2 ini kepada afeefah azman. pelajar ini beberapa kali menunjukkan minatnya terhadap dunia pemprosesan foto dan suntingan video. kalau ada masa dan komitmen yang jitu daripada pelajar ini, aku nak ajar dia sebanyak mungkin kemahiran yang aku ada. manalah tau lahirnya pula azrianna azmil yang kedua dalam hidupku.

edit pakai photoshop cs3 + filter artistic paint. klik kat gambar untuk lihat gambar saiz besar.

 gambar ini disnap pada tahun terakhir aku bertugas di sekolah seri cahaya. pasukan bola sepak 1Malaysia sekolahku bertanding di SMK Bukit Jelutong
 rumah ini melindungi kami sekeluarga. namun, rupanya sudah berubah sama sekali semenjak 2008.

inilah aksi bola sepak di sekolahku. sinar keceriaan dan kegirangan hati terpancar di wajah para pemain. cikgu yang aku suka yang aku maksudkan dalam entri ini ada dalam gambar ini tapi kemunculan  beliau dalam gambar ini amat misteri.


selamat tinggal tuan2.






Friday, September 25, 2015

flora di rumah isteri

selamat hari raya aidiladha. hari ini hari kedua raya. namun, di negeri kedah, sambutan hari raya aidiladha tidaklah semeriah aidilfitri. tahun ini kami berpeluang pulang beraya bersama keluarga setelah bertahun-tahun tidak berpeluang beraya aidiladha bersama keluarga. tahun-tahun lepas, aidiladha jatuh pada tengah-tengah minggu dan cuti sehari itu kami rasakan kurang berbaloi untuk pulang ke kampung. jadi, kami beraya di selangor.

tahun ini, aidiladha jatuh pada cuti sekolah. jadi, kami berpeluang beraya di kampung. namun, sambutannya makin hambar. hari ini raya kedua di rumah mem terasa seperti tidak ada raya, kecuali stesen tv masih menyiarkan rakaman takbir raya. 

petang ini, entah kenapa, selepas solat asar kurasakan terlalu bosan. anak-anak leka bermain sesama sendiri, mem berbual dengan emaknya. aku capai d7000 dan terbongkok-bongkok di tepi pasu bunga. projek petang ini aku nama FLORA DI RUMAH ISTERI. jom tengok beberapa keping gambar flora yang sempat aku snap. banyak jenis bunga di rumah ini tetapi ini waktu petang. bunga-bungaan tidak berkembang semuanya.





 buah markisa
 bunga markisa



 bunga mahkota dewa
 bunga ulam raja
 buah mahkota dewa


bunga kenanga


terima kasih tuan2.

Wednesday, September 16, 2015

aku dan khidmat buat poster

Sabariah mengarahkan teater muzikal lagi. kali ini beliau arahkan teater yang bertajuk Dayang Senandung. dan seperti biasa, aku perlu membantu beliau menyediakan jurugambar-jurugambar dan juruvideo untuk pementasan itu nanti.
             cuma, sebagai jurugambar sekolah, tugas aku bukan sekadar menyediakan gambar-gambar itu, tetapi termasuk juga menyediakan bahan untuk tujuan publisiti. jadi, aku kena buat trailer dan juga poster untuk pementasan beliau. so, inilah dia poster yang aku sediakan untuk beliau.


mungkinlah tuan2 rasa alangkah biolnya aku kerana baru menulis entri ini sedangkan pementasannya telah lama tamat. sebenarnya, nawaitu aku menulis entri ini bukan untuk mempromosikan tetapi sekadar menyatakan bahawa inilah sebahagian kecil tugasku di sekolah itu.

dan seperkara yang lebih penting lagi ialah nak beritahu tuan2 bahawa setiap kali aku merekacipta poster atau trailer atau menghasilkan video, macam-macam komen dan kritikan aku dengar daripada rakan2 guru sehinggalah anak2 didik. itu perkara biasalah, orang tengok dan komen. salah ke komen?

alkisah, nak dijadikan cerita, baru-baru ini dalam sambutan bulan kemerdekaan, cikgu A berjumpa denganku di hadapan bilik guru. beliau menunjukkan kepadaku reka cipta banner bulan kemerdekaan oleh seorang designer ini.
           "Apa komen kau?" soalnya.
           "Okey," kataku.
           "Aku rasa design ni ringkas sangat, "katanya pula.
           aku mengangguk.
           "Kau tau tak, aku komenlah kat designer ni, mengatakan bahawa design ni simple sangat," katanya lagi.
           "Habis tu?" soalku, ringkas.
           "dia melenting pulak. katanya, cikgu buatlah sendiri designnya," kata cikgu A.
           "Pulak," kataku.
           "Aku cakap, manalah aku tau reka2 design segala," kata cikgu A pula. "Sebab itulah kita hantar kat dia suruh designkan," katanya lagi.
           "Lepas tu, apa kata dia?" soalku pula.
           "Katanya, kalau cikgu taktau design2 segala, cikgu tak layak nak komen kerja-kerja saya," jelas cikgu A.
           "Dia cakap macam tu?" soalku pula.
             Cikgu A mengangguk. "Saya dah minta maaf berkali-kali, dia marah-marah lagi pula," kata cikgu A, kemudiannya.
            "Suruh dia berhenti jadi designer," kataku. "Dan kalaulah masalah sentap dia tu tak habis-habis lagi, lain kali hantar je banner kat syarikat lain. kat luar sana, bersepah-sepah kedai buat banner" kataku lagi sambil berlalu.

tak masuk akal kan? kalau kita bukan designer, kita tak layak komen design orang. kalau kita bukan pelakon, kita tak layak komen lakonan orang. kalau kita bukan tukang masak, makan je sebab kita tak layak komen masakan orang. kalau awak tak ada blog, jangan sibuk nak komen2 kat blog orang. aduhai, macam-macam perangai manusia.

sempena bulan kemerdekaan ni, saya  ada mencipta lirik dan lagu untuk lagu Negaraku Tercinta, dinyanyikan oleh Wani Kayrie dan Fatehah Quzandrea. piano oleh ming ling. kalau korang dapat nonton video tu kat facebook, komen le tak ada hal punya.

selamat tinggal tuan2.

Tuesday, September 15, 2015

kem tahan lasak di kolej ke lima, UM dan perihal tolong-menolong

Sahabat baikku menjadi penyelaras kem tahan lasak. kem ini kami adakan di Kolej kelima, UM. adalah sekali beliau mengeluh tentang sikap kawan yang tak reti mengenang jasa.
      "Waktu dia buat program, nama aku  awal-awal lagi dah muncul dalam senarai AJK dia," katanya. "Aku tak kisahlah sebab aku ingat kalau hari ni aku tolong dia, esok dia tolong aku pulak," katanya lagi.
       aku sekadar menganguk sajalah.
      "Tapi yang aku sakit hati ialah bila aku pula buat program, dan aku letakkan nama dia dalam pasukan aku, dia keluarkan ayat ini; kenapa saya? takde ke orang lain?" terang sahabat ini.
        aku terdiam lagi.
       " Kalau engkau, sakit hati tak?" soalnya pula.
       "Tentulah aku sakit hati," kataku, bukan hendak menyimbah minyak ke dalam api, tetapi itu kenyataannya.

aku suka ayat sahabat ini: hari ni aku tolong dia, esok dia tolong aku pulak. sebenarnya, bukanlah bila kita menolong orang, kita harapkan balasan, tetapi alangkah seronoknya kalau kita tolong-menolong. buat apalah nak berkira sangat tenaga dan kepakaran yang banyak tu. malulah sikit kat semut dan kerengga yang menjadikan tolong-menolong dan kerjasama sebagai amalan harian.

malaslah nak tulis lagi. biar gambar bercerita. sebenarnya, banyak gambar yang aku snap hari tu tetapi ini sahajalah yang termampu diuploadkan.

nota: gambar edit sikit guna photoshop cs3 -artistic filter paint apa ntah.






                                      ni anak murid kesayangan semua cikgu. kata beliaulah.

cikgu yusof, pengetua sekolah, pengetua kolej ke 5, UM, YDP PIBG, dan penolong2 kanan.


selamat tinggal tuan2.



Wednesday, February 25, 2015

bila anak-anak berbual

aku sedang menekan-nekan kekunci komputer ketika aku terdengar perbualan anak-anak yang amat comel ini. irfaan dan iffah sedang mereka cipta apa-apalah dengan blok lego yang ada di atas meja. tiba-tiba muncullah perbualan ini di antara mereka.
       "Adik dapat kawan baru tak di sekolah?" soal irfaan sambil tangannya leka mencucuk-cucuk blok lego ke blok yang lain.
       "Ada," jawab iffah, ringkas. "adik ada kawan perempuan, kawan lelaki," katanya lagi.
sebaik sahaja iffah katakan yang dia mempunyai kawan lelaki, muncullah dialog ini dari mulut pelajar darjah satu sk subang bestari ini.
       "eeeee adik ada temu janji," kata irfaan kepada iffah.
       "mana ada," nafi si adik.
aku tidak mampu bertahan menjadi pendengar semata-mata, lalu aku tanyakan irfaan soalan ini;
       "temu janji tu apa, abang?" soalku.
       "keluarlah. apa lagi," katanya, ringkas.




hakikatnya;
iffah tak faham pun apa itu temu janji. dia menafikan kerana dia sudah terbiasa menafikan ayat-ayat abang yang bernada begitu. namun abang ini, aduhai bimbangnya. pengaruh tv amat kuat nampaknya. ayat-ayat dari tv itu sepatah demi sepatah melekat dalam mindanya.

selamat tinggal tuan-tuan.



Tuesday, February 24, 2015

Sebuah Kelas Sejuta Kisah


Episod satu.

Marina amat gembira hari ini. Kejayaan hari ini ialah kejayaan terbesarnya dalam tahun 2015. Dia tidak akan melupakan kejayaan ini. Dia sedar rakan-rakannya amat mencemburuinya, terutamanya alia abrar. Alia cemburu amat. Akan tetapi, alia bijak menyembunyikan kecemburuannya itu. Qamarina juga cemburu. Namun gadis pendiam tidak berperasaan ini bukanlah apa-apa. Dia cuma gadis biasa yang  biasa-biasa sahaja.
                “Kalau saya tak berikan duit raya, budak-budak kecil yang gedik itu akan mengutuk saya,” luah irdina tanpa dipinta, seperti biasa. “Saya rasa macam nak cekik-cekik saja budak-budak itu,” katanya lagi meluahkan perasaan yang tidak bersempadan itu.  Di sebelahnya, si dayang sedang tekun mencari isi penting yang tidak kunjung tiba.
                Kelas berjalan seperti biasa. Sebentar tadi cikgu alias singgah di sebelah nisa. Gadis ini tersengih-sengih kerana tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
                “Kenapa awak tak tulis apa-apa?” soal cikgu alias.
                Dia tersengih lagi.
                “O, awak ni jenis yang tak ada idea kalau saya duduk di sebelah awak, bukan?” soal cikgu alias lagi.
                Nisa menjawab soalan cikgu alias dengan sengihan mautnya. Cikgu alias bingkas bangun  dan bergerak ke tempat lain.
                “Banyak awak dapat angpau tahun ni?” soal cikgu alias kepada Nicole, tiba-tiba.
                Nicole, gadis cina yang tersepit di celah alia dan irdina ini tidak tergamampun. Dia sentiasa bersedia.
                “Merosotlah ,cikgu,” katanya.
                Cikgu alias bergerak ke arah jillian pula. Pelajar ini bersendirian hari ini. Ramya melarikan diri untuk menumpahkan kasih sayangnya kepada aiswarya. Kasihan jillian. Dia terpinga-pinga diperlakukan begitu oleh ramya, anak emas puan amarjeet itu.
                “Banyakkah angpau yang awak dapat, amoi?” soal cikgu alias.
                Jillian mendongak ke arah cikgu alias yang berdiri di sudut kanan mejanya. Dibukakan sedikit matanya yang sepet itu. Kemudian, dia bersuara.
                “Saya belum kiralah, cikgu,” jawab jillian. Lagipun, raya belum habis lagi,” katanya lagi.
                Di suatu sudut yang lain pula, kelihatan reishma yang duduk di sebelah yasodha, gadis india yang memakai cermin mata berbingkai besar itu. Reishma tersengih-sengih sendirian.
                Persoalannya, mengapa reishma?




bersambung… 



nota: dah lama tak menulis. saya sedang mengasah bakat.